Satu
HADIR mereka tidak dapat dikenalpasti latar masanya. Pastinya, tertegak Putrajaya, putera-putera itu sudah semacam ada kesatuan mendiami tempat itu. Keluarga pula tidak diketahui latar belakangnya. Kehadiran orang-orang muda itu bagai diutus dari langit. Tiba-tiba segalanya bermula; sebaik sahaja Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan.
Sewaktu ditemuramah, seorang daripada putera petah menjawab, "Kami dipimpin ketua sebaya usia."
Namun, identiti ketua tidak boleh didedahkan. Itu janji yang dimeterai antara ahli. Putera itu yang dikenali sebagai A menambah, tepatnya, menghebah; "Kami adalah generasi baru yang diamanah mengendalikan Putrajaya. Membentuk sebuah pusat pemerintahan negara bercirikan negara Islam Madinah."
Matlamat utama, menyeru seluruh manusia menyembah Allah. Putrajaya bakal dijadikan pusat tumpuan pelosok dunia yang datang berkelana menyaksikan kebesaran Pencipta. Di situ nanti, aktiviti dunia akan dipusatkan di bawah naungan seorang pemimpin; membentuk Dunia Baru Islam.
Seluruh negara heboh. Para menteri cuba menghubungi pihak media. "Di mana mereka tinggal, alamatnya? Berapa orang ahlinya? Siapa pemimpin? Masakan anda wartawan tidak cuba mengorek rahsia?"
"Entah. Saya seakan-akan berpuas hati dengan jawapan diberi. Ya, saya pun tidak terfikir mengenainya!" Tampak benar fikirannya tidak terjejak di bumi, bagai orang dipukau.
Pemimpin negara mula naik angin. Sebodoh itukah wartawan di negaranya? Hal ehwal dalaman pun tidak boleh diselidik punca. Terbayang di mata Pemimpin, rahsia negara sendiri pernah diputar belit wartawan asing. Heboh satu dunia. Kepimpinannya diselar dari dalam dan luar negara, harnpir menjatuhkannya. Nasib baik dia cepat bertindak dengan Plan B. Berjaya. Musuh yang sentiasa memporak-peranda kepimpinannya jatuh. Ada yang terlentang. Mutakhir, seorang daripada mereka kecundang dalam pilihanraya waima beberapa kali undi dikira.
Pemimpin tidak lena tidur. Kumpulan yang pernah mengancam kedudukannya suatu waktu dahulu telah pun dicantas, malah dibongkar akarnya; tidak bersisa. Mana mungkin ia membiak? Dia sangat pasti kumpulan itu telah lenyap; tidak mungkin bangkit kembali!
Pemimpin jadi nanar. Teringat kata-kata penasihatnya, "Bagaimana jikalau putera-putera itu adalah hasil klon induk? Ya, bukan hanya tumbuhan boleh diklon. Manusia juga sudah diikhtiarkan. Masih ingat pada Dolly, biri-biri pertama di dunia diklon melalui kaedah In Vitro Fertilisation (ITF/Gifts)?"
Andaian penasihat tambah merisaukan Pemimpin. Logik juga jika pertubuhan yang telah diharamkan itu telah meninggalkan klonnya. Pemimpin terfikir, mungkin kajian yang pernah dilakukan Stemcell Sciences di negara kanggaru pada 1999 diteruskan kumpulan itu.
Fikirnya lagi, dunia semakin gila. Mungkinkah proses pengklonan yang bermula daripada pengambilan gen atau sel matang seseorang untuk dijadikan seorang lagi manusia yang mempunyai kandungan genetik 100 peratus sama dengan induknya itu benar-benar akan menggugat kuasanya?
Lantas Pemimpin teringatkan hukum. Masih panjang benang fikirnya. Masakan generasi itu sanggup menggadai prinsip dan agama demi kuasa. Usaha pengklonan yang dibantah dunia juga agama, masakan diterima oleh mereka yang bermatlamat melahirkan dunia baru Islam. Pemimpin lega, tetapi hanya buat sementara.
Terfikir pula dia, siapakah putera-putera itu? Logikkah satu generasi tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana? Setahunya, orang-orang besar yang mendiami Putrajaya semuanya dikenali. Selama ini tiada siapa berani bercakap tentang Dunia Baru Islam. Malah dia yakin, rakyat metah patuh kepada kepimpinannya. Hanya sekerat dua sahaja kadangkala berbicara tentang Islam, itupun dalam perhatian Pemimpin. Kononnya parti mereka memperjuangkan Islam, manifesto utama ialah menegakkan undang-undang Islam.
Tetapi tidak pernah terdengar pula hasrat mereka mendirikan dunia baru Islam. Pemimpin pasti, bukan kelompok itu yang patut disyaki. Apatah lagi perjuangan puak tersebut sudah menyeleweng. Islam yang diguna hanya topeng pengabur keletah nafsu. Jika suatu waktu dahulu Pemimpin pernah rasa tergugat kedudukan, kini Pemimpin yakin; musuhnya dikalahkan kepentingan yang semakin hari menghakis matlamat perjuangan.
Dua

"Pandai saudara menangani pertanyaan wartawan." Z mengkagumi B yang baru sahaja menyelesaikan tugas. Bukan senang membuat kenyataan media. Sepatah kata tersilap boleh meruntuhkan dunia. Salah langkah, rahsia jadi bencana.
Pesanan itu sentiasa kukuh dalam memori B. Setiap maklumat yang diterima daripada Z mestilah dipeti-besikan.
Amanah dari Ketua disimpan rapi. Perjuangan masih belum selesai. Dalam perjuangan, kerahsiaan dikategorikan sebagai unsur penting untuk diawasi. Di atas kekuatan inilah kehadiran putera terus subur tanpa dikesan.
"Belum sampai masanya untuk kita tampil. Perjuangan kita bukan berorientasikan kemegahan kepimpinan atau kuasa. Kuasa bagi kita hanya alat. Kita bukan Machiavelli. Doktrin matlamat menghalalkan cara tidak membawa kita ke takhta. Kalau orang lain telah menggunakannya, tidak mustahil kelompok lain pun mengkajinya. Lalu jadilah huru-hara. Masing-masing menjatuhkan pihak lawan. Perpaduan entah ke mana. Kepimpinan malah dicerca."
Anak-anak Putrajaya tekun memasang telinga. Wacana daripada Ketua dicerna. "Saudara semua mesti ingat. Kita bukan generasi gila kuasa. Tugas kita menyampaikan kebenaran. Sasaran kita pelbagai golongan. Tanpa batas sempadan." Ketua menyemai amanat dengan yakin.
Z tambah bersemangat. Usahanya tidak sia-sia. Terbayang Putrajaya dan bangunan indah tersergam. Pusat pentadbiran dunia baru. Masjid Putarajaya berfungsi jantung. Peralatan terkini metah sesuai dengan konsep globalisasi. Transformasi maklumat dari seluruh dunia dieksport dan diimport hanya dalam skala saat. Z masih tidak lupa. Sebelum menghembus nafas, datuknya sempat berpesan.
"Kuasailah teknologi. Jangan biarkan Islam terpinggir kerana kelemahan penganutnya. Bangsa kita pernah agung."
Z tidak mendendami kaum yang pernah hidup merempat di seluruh dunia itu. Sebaliknya berazam merealisasikan wasiat datuknya yang ditembak perisik Yahudi. Peranan Z dalam Putrajaya pula amat berat. Daripada perbincangan penubuhan Putrajaya sehingga siap, Z tidak terkecuali dalam setiap mesyuarat penting. Dan setelah Putrajaya diisytihar sebagai pusat pentadbiran, separuh peranannya telah berhasil. Ketua yakin; Z tidak main-main dalam mengikat janji. Z melakukan tugasnya dengan ikhlas demi agama. Ketua puas kerana didikannya berhasil.
"Biar apa pun tanggapan manusia terhadap Putrajaya, kita tetap dengan rancangan yang telah lama terbina. Putrajaya akan tetap kita jadikan pusat pengembangan Islam dunia. Tuhan tidak pernah melarang pembangunan, asalkan seimbang dengan tuntutan kerohanian.” Jawapan Ketua yang penuh makna nampaknya memuaskan hati C yang bertanya.
C sebenarnya hanya membangkitkan isu yang diuar-uarkan pemimpin parti pembangkang negara yang mempertikaikan pembinaan Putarajaya. Menurut pemimpin yang tidak pandai mengawal lidah itu, Putrajaya akan dihapuskan jika parti mereka memerintah. Putrajaya adalah lambang pembaziran.
Masih C ingat bagaimana Pemimpin menukas, mengulas dalam media. Projek Putrajaya bakal menjadi perhatian dunia. Malaysia terkenal di seantero jagat. Lebih daripada itu, Pemimpin cukup bangga, kegemilangan itu hasil perahan mindanya. Pasti pemimpin negara lain yang selalu memperkotak-katikkan kepimpinan Pemimpin terpana. Putrajaya adalah paku buah keras kepada musuh-musuh luar negara.
"Kita bukan hendak bermegah dengan kemunculan bandar raya baru Putrajaya. Semuanya adalah alat misi kita. Negara maju lain memandang rendah terhadap keupayaan pembangunan kita. Tidak salah kita mengusahakan pembangunan yang memberi kemudahan. Salahnya, jika kita hanya menatang prasarana ekonomi tanpa mendahulukan pembangunan keagamaan dan kemanusiaan. Gusar nanti tiada garis pemisah antara pembangunan kaum Thamud dan kerajaan nabi Sulaiman.
Dakwah kita tidak akan sia-sia. Masih ingatkah saudara, kisah Ratu Balqis terpukau oleh keindahan istana nabi Sulaiman? Pernah Sulaiman menyindir Balqis? Tidak sekali-kali. Dakwah nabi Sulaiman cukup berkesan." Ucapan Ketua sentiasa diselitkan sirah.
Tiga

"Berita baik untuk kita semua." Z menarik minat Ketua dan saudara-saudaranya. "Cadangan saya telah berhasil. Sistem Maklumat Interaktif telah pun dilancarkan pagi tadi." Z dengan bangga mengumumkan hasil projeknya.
Hasrat menjadikan Putrajaya bandar bestari akan lengkap setelah pelancaran Sistem Maklumat Interaktif berjaya. Melalui sistem ini rakyat boleh melihat dan memantau keadaan bandar satelit itu pada masa sebenar. Sistem yang tersedia pada laman www.putrajaya.net.my menawarkan perkhidmatan dan pentadbiran lebih cekap dan berkesan. Tidak sangka usaha membabitkan kos kira-kira RM 70 juta itu menjadi kenyataan dalam masa singkat.
"Dengan adanya sistem interaktif ini, pengguna boleh mencapai maklumat statik, mengemukakan permohonan, menyampai dan mendapatkan maklumat serta cadangan pada masa sebenar." Penerangan dari Z sungguh mengembirakan kesatuan. Ketua senyum, bersyukur dianugerahi saudara yang produktif dalam merealisasikan projek Pembangunan Teknologi dan Komunikasi (ICT) negara.
Empat

PUTRAJAYA – PUSAT DUNIA BARU ISLAM. Tajuk besar muka depan akhbar rasmi ditenung sedalam-dalamnya. Pemimpin panas punggung.
"Saya menyeru Pemimpin dan semua menteri memanfaatkan Putrajaya dengan sebaik-baiknya. Amanah dari rakyat untuk melihat pembangunan untuk mereka tidak harus dipersiakan. Putrajaya dibina sebagai sebuah kelangsungan kegemilangan bangsa merdeka. Bangsa yang pernah dijajah akan bangkit. Putrajaya simbolnya. Bukan untuk kemegahan sesetengah puak."
Pemimpin mendengar penuh teliti. Wartawan yang pernah dijerkahnya dahulu memandang Pemimpin. Menduga riak di rona wajahnya. Cakera padat diterima semalam menghambatnya untuk menemui Pemimpin. Dia tidak mahu lagi dicop bengap.
"Kami turut berbangga dengan kepimpinan Pemimpin yang berusaha gigih menjadikan Putrajaya satu kenyataan. Itulah hasrat nurani kita. Namun pembangunan material haruslah selari dengan pembangunan rohani. Kalau dahulu kita tidak dapat mengawal kemasukan budaya negatif ke dafam negara, hari ini kita pula yang bakal memukul gendang dan biarkan mereka pula yang menari. Kita bentangkan budaya melalui Sistem Maklumat Interaktif." Pemimpin terkesima. Hairan. Mereka nampaknya cukup arif mengenai Putrajaya.
"Putrajaya kita jadikan model kota raya Islam bagi dunia. Pusat pentadbiran seluruh semesta - Dunia Baru Islam. Dunia tanpa sempadan. Islam sebagai agama anutan. Tiada bangsa yang diagungkan. Tiada kasta. Kita wujudkan satu ummah di bawah satu pemerintahan berkhalifah. Gabenor-gabenor sebagai wakil wilayah-wilayah bagi memudahkan pentadbiran. Pasti kegemilangan yang pernah dilahirkan oleh nenek moyang kita dahulu berjaya kita kembalikan."
Pemimpin bagai terpukau dengan tutur kata Ketua yang tidak pernah dikenalinya. Segala perancangan bagai telah disusun rapi. Pemimpin pandang wartawan. Wartawan hanya diam. Tiada sepatah komen. Bagai anak yang baru dinasihati guru, wartawan minta diri. Pemimpin terkulat-kulat meleret pemergian wartawan.
Lima

Pemimpin masih memikirkan natijah dari gerakan baru itu. Sudah berani menyampaikan maklumat gerakan. Namun Pemimpin hairan, tidak seperti parti-parti pembangkang, atau gerakan subversif; cara kumpulan ini agak berlainan. Pendekatan lebih berhikmah. Tidak mengutuk pemimpin, sebaliknya mengajak untuk sama-sama berjuang. Itulah yang difikirkan Pemimpin.
Enam
Enam
Kemunculan kumpulan yang dikenali dengan nama Putera Putrajaya menjadi agenda berita utama media massa. Khalayak hebat membincangkannya. Pemimpin negara dan para menteri bersidang. Ada pro dan kontra terhadap ide yang ditimbulkan.
Akhirnya Pemimpin merumuskan. Sudah tiba masanya kebangkitan Islam berlaku. Telahan ulama' sebelum ini bahawa Semenanjung Tanah Melayu bakal menjadi pusat kebangkitan Islam mungkin benar. Ramalan Nostradamus mengenainya juga nampaknya tepat.
Tujuh

Pemimpin mula menyeru Putera Putrajaya muncul agar senang bekerjasama. Tiada jawapan. Esoknya, sekeping cakera padat menjadi utusan.
"Kerjasama itu ada dalam diri masing-masing. Bekerjasamalah dengan diri kita sendiri. Hapuskan segala hasad dengki, riak dan takbur. Niat henyak menghenyak, gila kuasa; itulah musuh kita. Kami juga sedang menunggu kemunculan Pemimpin itu." Pemimpin masih menadah telinga. Namun cakera padat tidak lagi bersuara.

ROZAIS AL-ANAMY
Pasir Mas
April 20, 2001
* Tunas Cipta, Julai 2002
* Antologi MASTERA, "Dari Pemburu Ke Terapeutik",
Jakarta: Pusat Bahasa, Departemen Pendidikan Nasional, 2005

No comments:
Post a Comment