AKU memerhatikan rona wajahnya yang kian temaram sewaktu bebola merah beringsut turun di jihat barat. Garis kedukaan terpamer masih sempat kuteliti. Aku yakin bukan kerana kesan kesakitan yang dialami daripada peristiwa tadi tetapi impak yang timbul lantaran memikirkan nasibnya berikutan pertanyaanku mengenai kehidupannya.
Hari-hari malang tidak pernah memberi sebarang tanda kepada insan, seperti peluit feri setiap kali akan berlepas. Ia datang bagai taufan melanda, kemudian meninggalkan sisa dan puing-puing kesengsaraan. Dan insan pula harus tabah untuk melangsaikan kesan yang terhasil kepada kehidupan mereka.
“Minta maaf, kak. Kerana saya kakak jadi begini.” Tiada perkataan lain yang terhambur. Aku kaget melihat jarinya yang halus putih diwarnai darah. Dan tidak menyangka mesin yang tadinya menggelek makanan kegemaranku kini bertukar menjadi hantu yang hauskan darah.
“Sedikit sahaja, biasa kakak kena macam ini.” Dia membalut jari manisnya dengan secebis kain yang dicarik daripada sehelai sarung lusuh. Perasaanku bertambah luluh apabila terpandang cincin yang tersarung di jari itu turut dicemari darah. Cincin berlian itu kuagak adalah hadiah perkahwinan yang biasa kulihat dibawa ke majlis pertunangan.
“Kakak sudah alah bisa tegal biasa dengan darah, dik. Dulu memang kakak fobia melihat darah, terus mabuk pitam.” Dia masih mampu tersenyum selepas kejadian tadi.
Aku dipelawa masuk ke dalam rumahnya setelah azan maghrib dari masjid berhampiran berkumandang. Rumah yang hanya diterangi sebuah mentol 60 watt itu agak kelam bagi pandanganku. Saiz ibu rumah lebih kecil daripada ruang dapur yang dijadikan kedai kopi.
Aku memerhatikan ruang dalam rumahnya sewaktu dia turun ke bilik air di tepi rumah untuk berwuduk. Ada kesan perbezaan warna konkrit antara ruang rumah dan dapur yang dijadikan halaman mencari rezeki meneruskan kelestarian hidupnya. Mungkin dia telah menyempitkan bahagian kediaman untuk memberi bahagian yang luas kepada perniagaan anjung dapurnya.
“Paip ada di bawah sana kalau adik mahu solat.” Cukup prihatin dengan tugas sebagai hamba Allah, sekaligus membayangkan peribadi. Wajah segarnya menghadapku, dan sebuah senyuman ikhlas dihulurkan sewaktu aku menjelaskan bahawa aku akan mengerjakan jamak takhir.
“Di sini hanya keimanan membentengi seseorang daripada kecuaian dan kealpaan. Pilihan adalah di tangan masing-masing.” Dia menitipkan pesanan, lebih tepat kukira peringatan bagiku insan musafir.
“Kakak pernah ditawar alku menjadi pelayan bar di bandar. Dia beria-ia benar menolong kakak mendapatkan pekerjaan itu, tetapi kakak menolak. Rasanya tidak sanggup menggadai maruah demi sesuap nasi.” Wajah nirmala itu cermat berbicara.
Tidak kusangka insiden tersepit mesin penggelek sotong kering tadi membuahkan perkenalan kami. Apatah lagi wanita itu seorang yang cepat mesra. Aku terpanggil untuk terus mengikuti kisah hidupnya, dan meminta izin untuk mencoret pengalaman yang metah berharga itu.
“Suami kakak terkorban sewaktu menjalankan tugas mencari nafkah. Waktu kemalangan itu berlaku, kami baru sahaja sebulan selesai mendirikan masjid. Mungkin jodoh kami tidak panjang, suami kakak dipanggil Tuhan.” Dia memandang lantai, malah aku juga sembari terkumat-kamit bersedekah Al-Fatihah kepada arwah suaminya.
“Sejak ketiadaan arwah kakak nekad berhijrah ke kampung ini. Di Pattani pun kakak tidak ada saudara-mara, abang Jusoh pula sebatang kara.” Dia memulakan kisah hidupnya.
“Kakak dipelawa datang ke sini oleh jiran sekampung yang telah lama mendiami pulau ini. Katanya di sini terdapat sebuah perkampungan Melayu. Dia pun berhijrah ke Kampung Melayu Ban Hua Nathon ini kerana mencari rezeki setelah lama membanting tulang di wilayah Pattani. Dia yakin hijrah boleh membawa kebaikan dalam hidup seseorang. Lalu kakak terus bersetuju untuk menyambung kehidupan di sini.” Wajahnya tenang sewaktu meriwayatkan penghijrahannya.
“Kakak bukan takut menghadapi kenangan tetapi mencari sebuah kehidupan yang lebih baik. Kakak yakin Abang Jusoh merestui jalan yang dipilih ini. Kakak tetap ingat nasihat dan pesanan dia agar menjaga kesucian diri. Dia sentiasa menitipkan pesanan itu setiap kali turun dari rumah mencari rezeki di laut.” Suaranya mula kendur dan beralun perlahan. Aku diam menghayati perasaan yang terluah bersama isi hatinya.
“Mengingati pesan arwah, kakak tetap mempertahankan maruah biarpun kehidupan terlalu perit bagi seorang wanita seperti kakak. Cuma satu kakak ingat, Tuhan tidak akan menenggelamkan seseorang itu ke dalam lautan dalam untuk melemaskannya, sebaliknya untuk menyedarkan betapa di mana sahaja, kehidupan tetap ada dan berterusan.” Tidak kusangka falsafah yang menjadi peganganku diujar bibir manis wanita yang baru kukenali itu.
“Sudah pasti tidak sampai perut kita menggelembung oleh masinnya air laut, kan!” Aku yang memang terkenal dengan sifat mulut manis, kecindan murah mempalit sedikit warna ceria ke dalam suasana sedih yang menyelubung kami. Gurauan itu berjaya menghasilkan senyuman lebarnya.
“Berkat hasil usaha kakak dan kerjasama serta pertolongan daripada penduduk kampung, kakak yang sebelum ini menumpang hidup dengan jiran kakak itu membina sebuah rumah. Biarpun kecil ia tetap menjadi lambang kelestarian kehidupan. Mulanya jiran itu tidak sanggup membiarkan kakak hidup seorang diri tetapi setelah menyatakan kakak boleh hidup sendirian, dia mengalah.” Dia berhenti sejenak. Ada genang di kolam matanya.
“Makcik itu sungguh berjasa kepada kakak, malah seluruh penduduk kampung ini. Mungkin pegangan hidup dan agama melahirkan keperibadian mulia seumpama itu. Kakak sungguh terharu dengan ikatan persaudaraan seagama di sini. Tetapi kakak terpaksa menolak untuk tinggal dengan makcik itu, malah Tok Imam kampung ini pun kerana memikirkan status. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.”
Wanita itu metah matang dalam setiap tindakan, tajam melihat sebarang kemungkinan yang bakal lahir jika dia berterusan menumpang hidup. Sebaik-baik manapun manusia, syaitan dan fitnah ada di mana-mana. Kesusahan hidup bukanlah alasan untuk menyerahkan kehidupan bulat-bulat kepada ketentuan Ilahi tanpa berusaha.
“Mula-mula kakak rasa dunia ini terlalu kejam untuk insan. Apabila mayat arwah dibawa pulang ke rumah, kakak pengsan kerana mabuk darah. Apabila sedar, mayat Abang Jusoh telah siap dikafankan. Kakak hanya memandang jasad cekangnya dan memikirkan dunia sudah kiamat.” Dia menarik nafas panjang, kemudian menyambung.
“Nasib baik kepalanya yang parah kesan libasan kipas motorbot telah dibalut kemas. Kakak gagahkan jiwa untuk menatap wajahnya kali terakhir.” Genang bertakung tetapi tiada yang gugur. Wanita itu metah tabah. Aku sungguh mengkaguminya.
“Kakak bagaikan manusia tidak bernyawa pada permulaan pemergian arwah, namun menyedari ajaran suci agama kita melarang umatnya menyesali nasib dan meratap kematian, kakak bangun dari mimpi buruk itu dan berserah pada Tuhan. Apa lagi daya kita selain pasrah pada-Nya.” Tidak kusangka di jihat terpencil pulau ternama ini masih wujud insan beriman waja.
“Besok datanglah lagi ke sini. Setiap malam kami ada menu sendiri. Kakak akan sediakan nasi kerabu. Rumah Tok Imam jual nasi dagang dan rumah sebelah laksa Siam. Rasanya sama sahaja dengan masakan di Kelantan. Jangan bimbang.” Suaranya yang lemak singgah ke gegendang.
Dia seakan tidak pernah menuturkan sepatah kata pun padaku tentang pengalaman pahitnya. Aku yang masih dilingkungi dura oleh kisah hidup yang baru diceritakan tadi terkesip-kesip memandang wajahnya berubah ceria, ramah mempelawaku bertandang ke rumahnya lagi. Sungguh unik hidup ini.
Kami berpisah setelah aku berjanji untuk datang lagi bersama rombonganku malam esok; dan itulah janji ketua kami kepada Tok Imam merangkap penghulu kampung Melayu Ban Huat Nathon, perkampungan Melayu yang dibina semenjak seratus tahun yang lalu oleh penerokanya yang digelar Pak Teh Wel yang sehingga kini melestarikan sebuah kehidupan di tengah hiruk-pikuk bandar Nathon.
Aku meninggalkan Narisah, wanita cekal itu untuk pulang ke Hotel Palace di tengah bandar Nathon yang kutinggalkan sejak siang tadi sejurus sampai ke pulau itu. Aku sempat menyatakan hasratku malam esok untuk mendapatkan cerita lebih lanjut tentang kampung dan juga kehidupan di sini. Dia mengangguk dan sempat berjenaka, memintaku agar membawa setandan pisang sebagai pengeras.
Rakan-rakan serombongan yang lain sibuk berkemas dan jurugambar kami masih belum selesai merakamkan detik-detik manis perjalanan kami serta penduduk-penduduk kampung yang ramah mesra berbicara, berkerumun melihat sesi penggambaran. Mereka tidak pernah dikunjungi rombongan seperti kami yang berinisiatif menjejak rumpun bangsa dan bahasa yang sama, hanya terpisah oleh sempadan ciptaan manusia.
Kami pulang setelah kerja rakaman gambar masjid yang sedang dalam proses pembinaan dan masih belum berkubah siap dijalankan. Sebuah masjid yang menjadi simbol kekuatan hidup penduduk kampung. Lambang keimanan yang tidak pernah padam dalam jiwa mereka biarpun bandar Nakhon dan pulau Koh Samui semakin ceria disimbahi kerlipan neon pada malam harinya.
Kami sampai ke hotel setelah masing-masing telah diserang kantuk. Setelah sesi perbincangan agenda seterusnya untuk hari esok di lobi hotel usai, warga Jejak Seni Pesisir seramai tiga belas orang kecuali aku melangkah longlai ke kamar.
Ombak yang tadinya memukul perlahan kini rakus menghentam tebing batu yang menjadi penghadang antara bumi dan laut. Jalanraya sepanjang bandar disirami percikan ombak yang membahana, membedal sebarang halangan untuk bebas ke tengah aspal.
Aku masih tidak beralah dengan dingin menggigit epidermis di tengah bandar, memerhatikan keluh-kesah laut. Terkaman langkisau Teluk Siam bagaikan menghambatku pulang ke tanah air. Angin keras dan tidak menentu haluan pada peredaran musim itu juga umpama nasib yang menimpa Narisah; namun wanita tabah itu masih mampu membina kotamara bahtera suci kehidupannya di tengah-tengah kongkalikung warga kota. Nasib baik sebelum bertolak tadi pesanan Ketua Satu kami tidak kulekai. Sekarang vest kuning susu yang tertera lambang persatuan itulah yang menjadi pelindung angin malam yang ingin mendakap tubuh kurusku.
Dalam ilam-ilam malam, sebuah feri yang sedang berlabuh singgah ke dalam penglihatan. Badannya sedikitpun tidak terusik oleh hempasan ombak melanda. Yang kuat tidak terjejas oleh bahana elemen kosmopolitan yang mula singgah di sini setelah pulau Koh Samui terpeta di antara pulau-pulau yang sering disinggahi pelancong. Kehidupan yang semakin gasang seringkali memusnahkan erti kemanusiaan, kadangkala sebuah nilai dan maruah diri. Manusia yang kecil selalu terhimpit dan menjadi mangsa kepada kehidupan seperti ini.
Aku masih terfikirkan Narisah. Umurnya sebaya denganku dan dia tidak pernah berkesempatan mendapat pendidikan formal, namun kekuatan daripada pengalaman yang diperolehi cukup menjadikan dia wanita gagah, tidak berubah oleh asakan kemiskinan hidup.
Aku sedang memerhatikan potret-potret separuh bogel di sebuah bar bersebelahan hotel penginapan kami sewaktu belakangku basah diterpa tempias ombak yang bebas melangkaui tebing batu. Percikan itu yang membasahi jalan sempat pula menabur air masinnya ke wajah-wajah gebu wanita yang menjadi hiasan di dinding sebelah pintu masuk.
Aku menghayati situasi itu dan cuba memahami desir angin malam yang ingin menyampaikan hasrat, sempat mencoret keresahan ombak dan dingin malam di bawah pohon ru yang berderetan dalam sebuah sajak.
Kulihat ombak yang tersekat naluri
menghentam tebing batu bandar Nakhon
garisah ingin bebas
terhalang oleh benteng ciptaan manusia
dan ombak terus berhempas pulas
berpadu jiwa dan raga Teluk Siam
akhirnya berjaya melangkau tembok batu
menghujani mandala kehidupan
yang tercemar elemen kosmopolitan
ombak terus bebas lepas
memerdekakan diri
setelah lama terpenjara.
Aku selesai memaku noktah apabila seorang perempuan yang gambarnya baru kulihat sebentar tadi menjeling ke arahku sembari memapah pelanggannya ke kereta. Aku pulang ke kamar setelah melihat beberapa pasangan lain pula sedang berdakapan ke luar dari bar dalam keadaan mabuk. Tidak betah mendengar jerit beringas ombak, seolah-olah tidak reda dengan apa yang kulihat sebentar tadi.
ROZAIS AL-ANAMY
Kok Pan Yi, Thailand
Jun 06, 2001
Tunas Cipta, Disember 2001

No comments:
Post a Comment