PERJALANAN seribu batu bermula daripada langkah pertama. Sambil menyimpul senyum, sempat dia menjelingku dengan hujung ekor matanya. Aku pura-pura meneliti peta Pulau Phuket. Jalan yang berselirat di atas peta kutatap kosong.
Langkah pertama itulah yang menyukarkan. Aku belum pasti apa yang dapat kuhasilkan dari sana. Tidak mahu pula aku dituduh hanya pergi makan angin. Tanpa berpaling ke arah Ros, aku membalas walaupun tidak yakin jawapanku itu layak menyaingi falsafah Ros.
“Setiap amalan bergantung kepada niat, Fir. Tapi jangan pula kau berniat baik di sini, dan menyelewengkan perbuatan kau di sana. Itu memang tidak betul. Salah sama sekali ” Ros tiba-tiba menekankan suara.
“Apa kata kalau aku terlanjur? Godaan, Ros. Setebal manapun iman, kalau ikan segar di depan mata, siapa yang menolak?”
Ikut atau tidak? Matanya bulat menjegil ke arahku. Namun, wajah ayunya tidak terjejas oleh perlakuan spontan itu.
“Usah cipta alasan bodoh, Fir. Segala keputusan di tanganmu. Aku tidak suka orang yang berdolak-dalik. Hendak seribu daya.” Tidak menyangka alasan yang lebih kepada gurauan memuncakkan kemarahan Ros.
Wanita itu tegas metah dalam setiap keputusan. Aku cukup menghargai orang yang punyai sikap sebegitu. Justeru itulah aku tidak ambil hati dengan gelagat Ros. Dia bukan kukenali hari ini. Hawa yang tabah itu sewajarnya bersikap tegas. Pengalaman mematangkan hidupnya.
“Baik, aku ikut. Siapalah yang buta menolak ke syurga dunia. Apatah lagi semuanya dibiayai.” Aku meredakan suasana keruh di rona wajah Ros.
“Ini bukan pasal ikut atau tidak. Kita ada agenda yang ingin dibereskan. Kaufikir kita dibiayai hanya untuk berseronok? Lupakanlah kalau itu maksud kau.”
Wanita bernama Ros ini tegar dengan niatnya. Hasrat menjejak rumpun bangsa yang dipisahkan oleh sempadan negara ciptaan penjajah tidak mudah dikelabui oleh hiburan yang menanti.
Langkah pertama menuju destinasi bermula dari Jeti Pengkalan Kubor. Janji untuk bertemu seawal jam enam pagi tertangguh selama sejam kerana jumlah yang sepatutnya sudah berkumpul belum juga muncul.
“Kalau beginilah sikap mereka, usah marahkan perumpamaan yang diasosiasikan dengan bangsa kita. Janji Melayu. Kalau berjanji mesti tidak tepat.” Waktu mesti dibakikan setengah atau sejam daripada agenda sebenar. Dalam kelam Subuh masih dapat kulihat kerut di dahi Ros. Dapat dibayangkan merah mukanya menahan marah.
Ros jenis manusia yang tepat janji. Apatah lagi melibatkan masa. Jenuh dia berpesan kepada rakan serombongan agar menepati masa dalam setiap pertemuan namun bagai mencurah air ke daun keladi. Aku hanya diam. Memang benar apa yang diujar Ros.
“Kenapa penduduk di sini tidak suka memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, Fir?”
Aku yang hampir terlelap, celik mata. Kuselak langsir dan melontar pandangan ke kanan jalan. Sekumpulan penunggang motosikal yang menggerbang rambutnya ditiup angin menjadi perhatian. Topi keledar tersimpan di dalam raga kenderaan.
“Setahu aku, kepala rakyat Thailand keras belaka. Kalau dibandingkan dengan topi keledar, keras lagi kepala mereka. Sebab itulah mereka tidak memakainya.” Jawapan selamba daripadaku berjaya memecahkan tawa Ros.
Perjalanan seterusnya amat menjemukan. Tiada pemandangan istimewa untuk dirakamkan. Hanya kolam ternakan udang menghiasi kanan kiri jalan Ke Surat Thani. Tempayan sebesar tiga pemeluk, setinggi satu meter menghiasi setiap laman rumah.
Menurut cerita pemandu pelancong, kawasan itu mengalami masalah bekalan air. Aku sempat menjeling Ros yang sedang mencatit sesuatu di dalam buku yang tercetak di muka depannya tulisan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan aturan aksara Bahasa Melayu Asas Tamadun Bangsa juga sempat kubaca.
Feri tenang menunggu rombongan kami untuk berlepas ke Koh Samui. Peluit dibunyikan sejurus van memasuki ruang letak kenderaan di tingkat bawah. Sewaktu mendaki tangga ke tingkat dua ruang penumpang, hujan turun begitu lebat. Penumpang yang kebanyakannya terdiri daripada warga asing kulit putih asyik menatap novel setebal dua inci. Hanya beberapa orang sahaja yang sedang tidur beralaskan paha wanita tempatan.
“Fir, apa pendapat kau?” Ros melabuhkan punggung ke kerusi kayu bersetentang denganku. Deru angin menyebarkan suara Ros ke tengah Teluk Siam dan menghantarnya ke beberapa buah pulau yang berbalam dalam pandangan.
“Sikap positif mereka harus diteladani. Ke mana sahaja tidak mensia-siakan waktu.”
Di samping pandai mengambil peluang Ros tangkas memerhatikan lirikanku ke arah seorang penumpang warga Thailand yang sedang mengulit mimpi pasangan bangsa asingnya. Rona wajah Ros berubah merah melihat pasangan itu.
Aku yang metah arif dengan tembakan pertanyaan yang berbau dugaan daripada Ros cepat menyedari kelibat pemikiran yang menghuni benaknya. Keupayaanku itu jugalah membuatkan Ros senang berbicara denganku.
“Penjajahan dan perhambaan ada di mana-mana, Fir. Waima di negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa luar pun.”
Pernyataan yang keluar dari bibir manis Ros mengingatkan aku kepada peristiwa serombongan Portugis yang mara ke Ayuthia dengan tujuan menjajah mereka. Ketibaan di luar dugaan itu terlebih dahulu disambut oleh sekumpulan empat ribu ekor gajah perang dan beberapa orang pemimpin Siam. Peristiwa itu berjaya mematahkan misi Portugal untuk menakluk Siam. Sehingga kini, Thailand tidak pernah berada di bawah kuasa sesiapa.
“Aku melihat bangsa Melayu akan hilang jati diri dan maruah oleh penjajahan yang tidak terkesan mata kasar.” Ros menghela nafas. Panjang. Aku menanti saat kedua ulas bibirnya bertakup dan seterusnya mengungkap kata.
“Dan perkara itu semakin terserlah di depan kita. Pada waktu itu manusia yang mempertahankan nilai diri mereka pula akan diketawa dan dianggap gila.” Wajah kesal Ros memandang ke tengah samudera.
Sebuah bot karam yang ditunda memasuki zon pandanganku. Sewaktu itulah aku cuba membedah persoalan yang tersimpan di tempurung kepala Ros dengan mata fikirku. Aku yang sejak dulu sentiasa sealiran dengan pemikiran Ros, metah berminat mengkaji setiap hipotesis binaan Ros. Sepanjang hidupku, tidak pernah kutemui wanita berjiwa besar seperti Ros. Pemikiran Ros matang dan matlamat hidupnya jelas.
“Aku tidak mahu melakonkan watak wanita yang sentiasa berendam air mata atau kaum hawa yang lemah dan sering tertindas dalam asakan hidup. Sebaliknya aku akan mewarnai pentas hidupku dengan ketabahan dan kejayaan melalui kebangkitan semangat wanita yang kental.”
Feri berlabuh di jeti Koh Samui. Sebaik menjejakkan kaki di atas tanah berpasir bandar Nathon pada senja yang kian temaram, gegendangku sempat menangkap butir bicara seorang pengunjung yang meminta pemandu pelancongnya menunjukkan rumah urut terbaik di bandar itu. Aku cepat menjeling Ros, namun pandangannya terlebih dahulu tepat menancap ke dalam mataku.
Kami berpisah haluan sewaktu menuju bilik masing-masing. Ros masih sempat berpesan supaya aku menunggunya di lobi hotel untuk pengisian agenda perjalanan kami seterusnya.
Kami menelusuri kedai sepanjang pantai untuk mencari kedai makan Muslim. Harapan untuk menikmati makanan laut di pulau itu terbantut kerana tiada restoran yang menyediakan makanan halal. Sebuah restoran Muslim yang kami harapkan sudah tutup.
Sambil berfikir ke mana arah tujuan, Ros memanggilku. Aku mengarah pandangan berpandukan muncung mulutnya. Mataku terlekat ke dinding bangunan sebuah bar. Potret-potret wanita Thai yang putih gebu separuh bogel menghiasi ruang tepi pintu masuk.
“Mana satu yang kau mahu? Pilihlah yang terbaik sebagai peneman di rantau orang,” lancar sekali ucapan Ros menduga reaksiku. Lagaknya meniru ibu ayam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan memburaikan ketawaku.
“Kasihan kau. Semua yang ditawarkan adalah spesies kau sendiri. Kerana itulah kaum wanita tidak dialu-alukan datang melancong ke sini. Malam di sini hanya untuk lelaki sejati.” Aku megah dapat menewaskan Ros dengan kata-kataku.
Ros tidak memaparkan senyum seperti selalu bila aku mengusiknya kali ini. Sebaliknya dia membalas gurauanku dengan pertanyaan yang membuat aku berfikir panjang.
“Bayangkan mereka itu adalah saudara perempuanmu yang terhimpit oleh kemiskinan. Sanggupkah kau membiarkan mereka bekerja di tempat seperti ini untuk menyambung kehidupan?”
Ros meninggalkan aku dengan persoalan itu setelah melihat aku terkial-kial menggubah jawapan dan menyambung, “Khabarnya mereka ini hanya boleh dilanggan hanya setelah waktu kerja tamat.”
“Ramai antaranya mereka bukan memilih pekerjaan ini dengan rela, Ros. Tapi terpaksa kerana desakan hidup.” Aku hanya menuturkan kembali alasan yang sering kudengar setiap kali isu perdagangan tertua di dunia ini diperbincangkan.
“Walaupun kemiskinan kadangkala menghampirkan seseorang kepada kekufuran, batas iman dan kufur wajib dibina dalam diri agar mehnah (menahan) yang berlaku tidak menggoyah pendirian. Kerana itulah agama diturunkan untuk mendidik dan menyelesaikan masalah.”
Ros bagaikan tahu tindakbalas pemikiranku terhadap apa yang diujarnya. Setiap perlakuanku adalah cermin kepada kekalutan perasaan.
“Hairannya lelaki pula turut terjajah oleh kemelut ini. Tanpa disedari, mereka sebenarnya telah terjerat dalam satu bentuk penjajahan minda.”
Ros memang kritis. Benar, wanita yang bercita-cita menjadi pemimpin negara ini tidak menterjemah sesuatu perkara hanya berpandukan kenyataan atau satu lapis pemikiran.
“Maksud kau, keseronokan yang dinikmati di sini merupakan penjajahan minda mereka? Jangan kalutkan pemikiran aku, Ros.”
Kadangkala idea yang dicerna Ros tidak upaya kugapai. Kini giliran Ros pula mentertawakan aku.
“Itulah lelaki, Fir. Jika bercakap pasal keseronokan duniawi, akal mereka terus ghaib. Apatah lagi membuat pertimbangan. Masih kuingat lagi kata-kata nenekku, kebodohan lelaki hanya di situ.”
Darah menyerbu ke mukaku. Sindiran halus Ros cukup menikam.
“Pendapatku, pelangganlah yang untung dan berkuasa kerana merekalah yang membayar harga dan menjajah batang tubuh yang dimiliki buat sementara itu. Tambah lagi, mereka bebas memilih. Apa pula yang kau maksudkan penjajahan?” Masih belum memahami maksud Ros, aku tidak segan bertanya walaupun mungkin Ros menganggapku bengap.
“Duit yang hangus dalam basah keringat tidak kau kira?”
Ros mengira-gira duit dalam dompetnya. Sekeping not seratus baht dihulurkan kepada penjual buah. Kami sama-sama menikmati rambutan pengganti makan malam.
“Engkau tolong ingatkan aku, Fir. Aku akan menulis tentang pengorbanan kita pada malam ini. Sanggup makan buah demi menjaga kesucian darah daging kita.” Aku hanya tersengih melihat gelagat Ros yang sedang menyeluk ke dalam plastik rambutan. Kemudian mengangguk.
“Kau belum membalas pertanyaanku, bukan?” Rupanya dia masih ingat pertanyaan yang diselangi gurauan tadi.
“Setiap pekerjaan ada upahnya, Ros. Setiap belian ada bayaran. Apa lagi yang kau persoalkan?” Aku masih belum dapat melihat perangkap yang disediakan Ros.
“Jadi, tidak timbul masalah duit? Itu maksud kau?” Ros berteka-teki.
“Duit boleh dicari, Ros. Peluang jarang datang dua kali.” Aku menghulur umpan untuk memperolehi jawapan segera daripada Ros.
“Mereka yang datang ke sini dengan tujuan yang satu itu pun sudah bersedia untuk menghanguskan wang mereka.” Aku menambah lagi.
“Tepat jangkaanku. Jawapanmu itu adalah kesimpulan kepada masalah ini. Jika tiada pembeli, mana ada penjual? Masakan hendak berniaga seorang diri?” Ketawa Ros pecah berderai, dan aku tidak menduganya.
“Apa yang aku kesalkan ialah rezeki yang dikurniakan Allah digunakan dengan jalan yang tidak betul. Sama seperti sesetengah daripada kita yang berniat menjejak rumpun bangsa tetapi karam pula oleh situasi di sini.” Aku tidak rasa tersindir kerana aku tahu kata-kata itu tidak ditujukan kepadaku. Ia lebih kepada pesanan dan nasihat daripada Ros.
“Kenapa kau fikir jadi begitu, Fir?”
Aku menggeleng. Memberi jalan kepadanya untuk terus menjelaskan.
“Kerana kehidupan yang dilatari etika hiternom. Tindakan hanya berdasarkan tekanan disiplin luar dan bukan kesedaran betapa perlunya etika atenom sebagai vaksin keimanan. Etika yang kedua itulah yang sebenarnya lebih prior. Dogma yang terpahat kukuh dalam diri berdasarkan keyakinan.” Panjang lebar dia mengulas.
“Dan penjajahan secara tidak langsung itulah sebenarnya yang lebih teruk, Fir. Apatah lagi ia melibatkan bangsa kita dan beragama Islam pula. Dan kita reda dengan belenggu nafsu yang merantai kita.” Maksud yang cuba disampaikan Ros metah dalam.
“Yang miskin terpaksa menjadi hamba untuk sesuap nasi dan yang kaya pula senang-senang melepaskan harta kerana menjadi hamba nafsu. Tidakkah dikira penjajahan namanya? Dan penjajah itu adalah diri mereka sendiri.”
Ros memungut kulit rambutan, memasukkannya ke dalam plastik.
Kami pulang ke hotel dengan langkah lesu. Menanti hari esok untuk ke bertolak ke Pulau Phuket. Mataku tidak mahu lelap. Aku termenung di beranda bilik dan melayang pandangan ke tengah lautan. Sempat ku ukir bait-bait puisi di mandala ini sewaktu air laut sedang pasang.
Kulihat ombak yang tersekat naluri
menghentam tebing batu bandar Nakhon
garisah ingin bebas
terhalang oleh benteng ciptaan manusia
dan ombak terus berhempas pulas
berpadu jiwa dan raga Teluk Siam
akhirnya berjaya melangkau tembok batu
menghujani mandala kehidupan
yang tercemar elemen kosmopolitan
ombak terus bebas lepas
memerdekakan diri
setelah lama terpenjara.
Aku cuba melelapkan mata. Jejak nirmala akan kuteruskan dan berharap ia membuahkan hasil. Sebelum mataku pejam, aku berdoa agar mentari Phuket tidak terlalu garang esoknya. Dan semoga Ros setia bersamaku meneruskan hari-hari muka.
ROZAIS AL-ANAMY
Pasir Mas
Jun 06,2001
Mingguan Malaysia, 10 Februari 2002

No comments:
Post a Comment