AKU bukannya mengagungkan karya luar apabila menyebut novel Balasan Dosa sebagai pencetus idea proses kreatif ceritaku. Kalau sebelum ini aku selalu mengulas watak Ermi dalam novel Ermita, itu juga tidak bererti aku melupakan karya penulis tempatan yang tidak kurang hebatnya. Buktinya, aku berjaya menamatkan Musim Dingin Terakhir karya Faisal Tehrani dan diikuti Salina setebal satu setengah inci pada hari yang sama walaupun tugasku tidak menyetujui keputusan itu.
Aku mahu keadilan dalam mencari hakikat kehidupan. Kebenaran ada di mana-mana, waima dari sumber yang pahit untuk diterima. Jadi tidak salah mengaku bahawa aku diterpa keinsafan setelah meneliti perjalanan hidup Raskolnikov dalam Balasan Dosa. Rasa sesal terhadap dosa yang dilakukan terus menggigit jiwa sehingga rahsia yang terpendam selama ini membusung dan pecah dalam dada.
Manusia sekitar yang selama ini sukar mengintai ke dalam kainku kini tidak payah lagi terhendap-hendap menyelidik berita terkini tentangku. Wajahku cukup memberikan gambaran kekusutan yang maha dahsyat, cuma mereka masih tidak dapat meneka punca. Desas-desus yang sampai ke telingaku hanya menambun nanah penyeksaan atas rasa bersalah terhadap dosaku.
Aku tidak sedikit berasa marah di atas sindiran mereka; bahawa aku panasaran ditinggal kekasih, jiwaku merana dan hidupku kosong setelah kekasih yang kuulit selama ini telah berubah hati kepada jejaka lain. Apatah lagi lelaki yang menjadi perampas itu khabarnya lebih hebat beraksi diranjang dan membuatkan kekasihku lupa sama sekali segala macam jenis posisi dan pencak tariku selama ini.
Itulah berita yang digambarkan menjadi penyebab ketidakwarasanku sekarang; sehingga menjadikan aku manusia gila, tidak menghiraukan lagi karyaku yang dibicarakan di media dan novel yang diiklankan akan siap bulan ini, tidak kusudahi setelah diserang penyakit ini sebulan lalu.
Raskolnikov mengunjungiku saban malam. Matanya kuyu, pakaiannya lusuh dan dalam keadaan tangannya penuh darah merenungku yang terhenyak di penjuru katil; dengan bibir yang terketar dalam keadaan separuh sawan. Dia sempat membebel dalam bahasa yang tidak kufahami, menghulurkan tangan dan menariknya semula sebelum aku sempat berbuat apa-apa dan menangis tersedu-sedu persis seorang rahib yang merintih di malam hari. Aku menggelepar bagai ayam disembelih selepas dia beredar.
Aku diserang disfasia semenjak dikunjungi Raskolnikov. Tiada sepatah kata terhambur biarpun jantung bagai mahu pecah. Selama tiga hari aku membisu. Manusia di sekeliling wujud dalam bentuk bayangan hitam dalam pandanganku. Hanya wajah Raskolnikov yang kusut dan penuh penyesalan, juga batang tubung kekasihku yang sentiasa minta dicumbu, segar dalam penglihatan. Kepada dua manusia itu sahaja aku tumpukan penuh perhatian.
Keadaanku yang semakin parah menjadi perhatian media tempatan; yang sebelum ini mengangkat namaku sebagai penulis yang menjanjikan, bertukar menjadi pelapor kepada kesihatanku. Selain berita yang menyebarkan tentang aku ditinggal kekasih, banyak juga ulasan daripada sasterawan mapan yang banyak menyaksikan penyakit serupa yang menyerangku membuat tanggapanku mengalami halusinasi; kerana aku tidak puas hati dengan tahap pencapaian karya di negaraku serta ketidakadilan yang berlaku dalam menilai sebarang hadiah dan pengiktirafan yang diberikan pihak terbabit dalam memartabatkan sastera tanah air.
Bermacam andaian timbul namun tidak satu pun merungkai masalah dan penyakitku. Tidak seorang pun tahu bahawa aku dipanah dosa yang merobek seluruh urat dan daging sehingga ke tulang hitam dan hampir menjerumuskanku ke satu lagi dosa besar; bunuh diri. Namun keinsafan yang kuteladani daripada Raskolnikov, mimpiku tentang dia dan kekasihku yang metah setia menjaga makan pakaiku; walaupun akhir-akhir ini dia tidak kuberi nafkah batin menghalangku untuk bertindak sehina itu.
Aku tidak munafik untuk tidak mengaku aku manusia berdosa serta terhukum oleh dosa itu; dan kini aku bertekad membina hidup baru setelah bertaubat dari melakukan perbuatan terkutuk yang mengheret aku dan kekasihku ke dunia kebinatangan – sememangnya betul kaedah mantik yang mendefinisikan manusia itu adalah haiwan yang boleh bertutur. Dan kebinatangan itu telah menjerat kami kepada satu noda yang lebih besar daripada dosa yang Raskolnikov lakukan! Dan aku mengajak kekasihku yang selama ini kugomoli saban malam turut bertaubat dan melupakan kisah percintaan kami; menghumbannya ke dasar kerak bumi Laut Mati.
(ii)
Percintaan kami terjalin tanpa latar masa yang terkesan. Aku terpikat oleh kepetahannya menyanggah hujahku. Kepintarannya terserlah apabila dengan tenang dia menjawab segala hujahku.
Aku dipaku wtiter’s block untuk menyambung karya besarku yang menjadi tagan untuk Hadiah MASTERA 2002. Bab terakhir novel Legenda Apa Nama terbengkalai dan aku tidak mahu mendera benak, lalu aku merayau ke KLCC, kemudian mengheret kaki seputar masjid Putrajaya sementara benak masih bersipongang.
Aku sedang merenung kubah masjid yang mengingatkan kepada istana Alhambra yang menyerlahkan kepandaian jurubina serta menjadi bukti ketinggian ilmu dan umat Islam, mengkaji sebab sesetengah watan mencemuh pembinaan Putrajaya yang hakikatnya terilham dari istana Alhambra sewaktu pandanganku hinggap pada sebatang tubuh yang asyik melakar sesuatu di jihat kanan tasik yang tenang. Hatiku tergerak untuk melihat lakarannya, mengenali dirinya; sememangnya aku berminat untuk mempunyai teman pelukis alam.
Dia tidak berpaling kepadaku sewaktu aku tercegat di belakangnya, memerhati lakaran bangunan masjid yang separuh siap di kanvas. Dia sesekali mengangkat wajah dan mengelak rambut separas bahu dari jatuh ke muka.
Apa ertinya bangunan indah, megahnya istana Ratu Balkis dan hebatnya Alhambra selain mengagumi keindahannya? Aku melepaskan busur biarpun dia baru kukenali. Walaupun tahu aku sedang berjudi di pertemuan pertama, aku tetap berani mencuba sembari bersedia jika dia melenting dengan tembakan pertanyaan yang tiba-tiba mengganggu titik konsentrasinya.
Jika melihat sebuah bangunan dengan mata kasar tanpa menghadirkan jiwa ke dalam keindahan yang disaksikan, sebagaimana anda melihat lakaran saya; ia tidak lebih dari sebuah himpunan batu-bata yang kaku. Lihatlah dengan mata fikir juga untuk menembusi falsafah yang terselit; bahawa apa yang ingin dipamerkan ialah terjemahan dari pelbagai ilmu yang bergabung – kejuruteraan, arkitektural, kesenian dan landskap. Tanpa mengalihkan tumpuan dari kanvas, dia menangkap sigap busur yang kuhalakan padanya.
Meskipun dengan membazirkan harta rakyat yang masih lagi menghuni setinggan, mengemis dan memperdagangkan tubuh demi sesuap nasi? Aku masih menduga kewarasan hujahnya. Dia menarik jemarinya dari kanvas, memandang tepat ke irisku, menghulur sebuah senyuman sinis. Sinar matanya bertanya padaku - siapa anda - menghulur pertemuan tanpa permulaan?
“Saya Zek. Saya kagum pada insan yang mampu melahirkan kata-kata melalui lakaran warna.” Aku diam sejenak memberi ruang untuk dia mencelah.
“Saya mengagumi Muhammad Isa Affendi, arkitek Taj Mahal yang dibutakan matanya oleh Shah Jehan. Cintanya pada Mumtaz Mahal meminta korban seorang profesional. Namun saya yakin sekiranya Affendi diberi peluang membina sebuah lagi Taj Mahal, dia tetap mampu mengulangi mercu tanda cinta itu - dengan mata hatinya.”
Kami seterusnya berbicara seputar keindahan Putrajaya yang menjadi isu di awal pembinaannya, kini lenyap ditelan masa. Dia masih tidak senang dengan tembakanku untuk menduga persepsinya tentang Putrajaya sebentar tadi, menerangkan falsafah pembangunan; apalah erti ketinggian ilmu jika disimpan di dalam hati tanpa diterjemahkan ke alam nyata yang menjadi bukti ketamadunan sebuah bangsa. Bukankah falsafah ilmu yang sama merealisasikan Alhambra?
Aku gembira dengan perasaan seninya menilai sebuah kehidupan dan kelestarian sebuah tamadun. Dia bakal pewaris arkitek ternama itu jika begitu. Dan aku beruntung kerana panahanku tepat pada orangnya.
(iii)
Sejak hari yang membawa seribu kisah dalam hidup kami, hubungan yang tersimpul tidak pernah terurai. Kami menjadi akrab oleh pertemuan tak terduga. Ke mana sahaja berdua, makan sepinggan. Hanya tidur berlainan bantal, itupun seringkali dibuai mimpi yang sama. Semakin hari rindu dan sayangku padanya bertambah subur. Keintiman itu menjadikan aku keluh-kesah pada malam hari. Edan kesmaran datang menabrak setiap kali aku ingin memejamkan mata. Aku malu untuk bertanya, begitukah jua perasaannya padaku, atau aku seorang yang diamuk ribang? Sehinggalah pada suatu hari, aku tidak lagi dapat mengekang perasaan untuk meluahkan segala yang terbuku.
“Apa kata kau tinggal di apartmenku? Ada bilik kosong di sana. Kau akan beroleh ketenangan untuk terus berkarya berbanding rumah yang terpaksa dikongsi di sini.” Dia hanya memandang lantai, dan sebelum membuka mulut untuk menjawab, aku terlebih dahulu menawarkan khidmat mengemaskan pakaian dan barang untuk berpindah. Tindakanku sekaligus memberi jawapan kepadanya. Tiada kata-kata bantahan yang kudengar walaupun kelihatan agak terpukau oleh ketangkasanku bertindak.
Bermula hari itu dia menjadi peneman hidupku di apartmen yang sebelum ini kuhuni sendirian. Kerjayaku sebagai penulis sepenuh masa banyak memberikan aku ruang bersendirian di rumah. Tugasnya pula sebagai arkitek mengurung dia di tempat ini, hanya sesekali ke luar jika ada urusan atau mencari ilham. Jiwanya tidak suka suasana hingar-bingar. Kami serasi dengan rutin yang dikongsi.
Persamaan itu lama-kelamaan membuahkan suatu keserasian hidup dan perasaan - dan aku yakin, dialah insan yang sesuai untukku. Hidup kami dilingkungi kedamaian, dan justeru itu kami lontarkan segala tohmahan dan sindiran yang singgah ke telinga. Aku dan dia rela memilih hidup sebagai bohemian biarpun pengasingan dari khalayak membungakan fitnah terbesar. Namun di kota yang sudah dijalari elemen kosmopolitan ini, budaya Amerikanisme atau segala bentuk kejahilan dan kemaksiatan jarang diulas lama.
(iv)
PADA mulanya aku menyangka ungkapan cinta yang diluahkan padaku sewaktu kami menonton televisyen hanya didorong rasa penghargaan di atas pertemuan dan kesudian aku berkongsi kediaman dengannya, dan kemesraan persahabatan yang semakin membunga, dan matlamat hidup yang sehaluan membenihkan rasa kasih padaku. Rupanya dia sedang mengalami gejolak jiwa yang maha dahsyat, berjuang menghancurkan paradok yang membelenggu.
Kebebasan yang semakin dinikmati makin mendekatkan kami. Tidur kami tidak lagi berasingan bilik, tetapi keintiman merelakan agar mimpi yang sama hinggap di atas satu bantal dan dalam satu selimut. Justeru, sesuatu yang wajar ditelah dari situasi itu sudah tentu suatu perasaan yang sukar dimengertikan apabila dua batang tubuh mula bertindak merapati satu sama lain. Renungannya ke dalam mataku mengekspresikan animo yang metah tinggi, dan aku seakan arif untuk bertindak; melampiaskan dukananya. Insiden itu sama sekali tidak terduga olehku mahupun dia.
Garisah semulajadi itu tidak mengunjungi kami hanya sekali itu sahaja, malah perasaan itu semakin minta dibelai. Aku dan dia menjalani hidup bagai suami isteri, cuma tidak diiktiraf masyarakat. Pedulikan mereka!
Bukan tidak pernah aku menyarankan agar kami berpisah tempat tinggal setiap kali keinsafan menerpa, namun seminggu berpisah aku diserang insomnia. Tubuh mula susut dan aku tidak lalu menelan makanan. Aku tidak betah membiarkan keasingan menjarah kemesraan kami.
Segera aku menjemputnya pulang dari apartmen yang kusewakan untuknya. Sewaktu kubuka tombol pintu, dia kulihat sedang tidur. Keadaannya yang bercangkaliwang mengundang sebak. Rindu yang terlalu lama terpendam dilampiaskan segera. Bilik yang sepi selama seminggu itu tercamur oleh rengekannya dan dengusan nafasku yang kencang. Kami beransur meninggalkan bilik itu dengan suatu kesan cinta di katil dan di jiwa.
Bagaikan burung yang lepas dari sangkar, kami terbang bebas di ruang kasih sayang yang memugar. Aku tidak lagi rela mencipta benteng antara kami. Bahana perpisahan yang sengaja kucipta terlalu menyakitkan, tetapi sekurang-kurangnya aku berusaha.
(v)
PADA suatu dinihari, tubuh begapku dipeluk kemas. Aku cuba meleraikan namun cengkamannya semakin kuat. Pipinya kutampar perlahan-lahan untuk menyedarkannya.
“Aku bermimpi sesuatu yang buruk, Zek.” Suara gementar keluar dari tubuhnya yang cekang. Aku yang faham situasi merengkuhnya ke dada, sebaliknya dia meleraikan pelukan dan menolakku ke tepi. Perasaanku sedikit tercaing oleh tindakannya tetapi jiwa altruisme yang sebati dalam diriku menyedarkan agar tidak cepat mengambil hati.
“Aku lemas dalam Laut Mati dan kau tidak dapat menyelamatkan aku. Sewaktu aku terkial-kial meminta bantuan, engkau yang terpinga-pinga ditolak manusia yang berbondong-bondong datang dari segenap jihat. Kita sama-sama lemas, Zek!”
Mataku terbuntang memandangnya. Selesai menuturkan, dia yang cengeng mula teresak-esak. Kami terbungkam seketika. Menganalisa mimpi yang sebentar tadi mengganggu ketenteraman nyenyaknya.
Aku ingin menuturkan sesuatu apabila dia terlebih dahulu melontarkan suara garaunya, seakan diterpa disfosia.
“Kita mesti tinggalkan cara hidup kita, Zek. Mungkin mimpi ini adalah suatu peringatan sebelum terlewat. ” Lirih suaranya. Rasa sayu dan insaf datang mendobak.
“Ya, kita harus dakar untuk menerima ketentuan ini , Is. Sebelum mentari terbit dari barat.” Aku memandang bulan purnama di luar kamar. Mimpi itu memberikan dampak yang cukup bermakna. Bayu dinihari meredakan fikiran yang kusut sebelum ini.
(vi)
JANGAN jadi dangkal. Raskolnikov tidak percayakan Tuhan walaupun pada akhir cerita dia memegang Bible hadiah Sonia; keinsafan itu datang dari jiwanya sendiri dan kerana kesedaran bahawa dia masih manusia. Tambahan pula dia berdosa kepada manusia, si tua terkutuk, biarpun yang dinilai manusia pada istilahnya sahaja. Aku tidak senang dia mengambil pendekatan Raskolnikov untuk mengaku melakukan maksiat sebagaimana yang didakwa media dan masyarakat yang sering menyelak pelikatku; melebihi keprihatinan mereka mengintai ke dalam kain para artis.
Aku yang sebelum ini cukup mempertahankan bahawa kami difitnah - kononnya untuk menggugat namaku yang sedang melonjak naik di persada sastera tanah air, dijangka meraih anugerah Sea Write Award selepas Lim Swee Tin - hampir hilang pertimbangan dilemparkan tuduhan mencemarkan nama baik warga sasterawan; kini diterkam rengsa setaip kali cerita berkisar keperibadian sasterawan dibangkitkan dalam ruangan Sastera dan Budaya akhbar yang sering menyiarkan karyaku. Aku tidak gerun pada isu yang digembar-gemburkan, tetapi rasa bersalah terhadap kemungkaran yang sememangnya aku lakukan. Justeru itulah aku jadi panasaran kini, dan Is pula tak keruan memikirkan dosa dan noda yang sama-sama kami lakukan.
Sehingga Is dimomok mimpi lemas di Laut Mati, aku yang sebenarnya terlebih dulu memikirkan impak percintaan yang tidak berpenghujung; bertambah kekuatan untuk meleraikan paradok dalam diri. Falsafah kebenaran dan keadilan yang sering kuangkat dalam karyaku kini menjadi gergasi yang akan menghenyakku ke dalam jurang yang sehina-hinanya dengan pilihan aku sendiri.
Karyaku datang menuntut keadilan; mereka menyerangku sehingga kehidupanku tidak lagi tenang dan aku digelar zombi oleh rakan penulis yang ramai daripadanya ingin melihat kejatuhanku, lebih-lebih lagi kematianku. Aku simbol sasterawan jijik, hanyir, kotor, tidak adil dan tidak waras. Mereka seperti juga karyaku, mengunjungiku mutakhir ini dengan pelbagai celaan – aku lihat mereka berdoa beramai-ramai meminta kematianku: Mampuslah sasterawan jahiliah, yang mengembara dari bukit ke bukit, kemudian meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, kata-katamu hanya dusta oleh perlakuanmu yang memasukkan senjatamu ke dalam lubang yang tidak sepatutnya. Suara monoton mereka menerjah mimpiku saban malam sebulan yang lalu. Dan kini Is pula diserang virus serupa.
“Tindakanmu salah, Is. Dosa dengan Tuhan tidak perlu dihebohkan. Cukup kita bertaubat dan meninggalkan maksiat ini kerana setiap dosa bani Adam jika dihebahkan akan menjadi virus masyarakat, seperti juga sebuah senyuman, ia akan merebakkan senyuman kepada orang lain. Bukan hanya ide yang mempunyai keselarian tetapi juga maksiat.” Is memandangku dengan juraian air mata dan aku dilanda sebak sejurus itu.
(vii)
BETAPA indah kebesaran Tuhan. Jasad terapung di dalam laut. Iskandar yang tidak tahu berenang gembira mendapat peluang mengapungkan diri di tengah samudera; suatu pengalaman yang mungkin tidak pernah terduga olehnya. Laut yang mempunyai kepekatan garam yang terlalu tinggi, tujuh kali ganda daripada laut biasa ini rupa-rupanya memakbulkan permintaannya.
Dan aku pula bersyukur kerana langkah kita tidak terus menyimpang dari landasan kebenaran. Di tengah Laut Mati aku pasrah pada Tuhan yang membalikkan bumi umat Nabi Lut; Dia jugalah yang menggerakkan hatiku dan Iskandar ke sini. Menjejak peninggalan kaum yang dilaknat.
“Zaki, kau pasti kita mampu menyingkirkan noda dan dosa warisan kaum Lut ini?” Wajah lembutnya memohon keyakinan, kutenung tanpa sedikit perasaan bernafsu.
“Demi kekuasaan Tuhan yang membolak-balikkan hati. Dan bersaksikan lumpur ini, aku rela diterbalikkan bumi menghempap kita jika keterlanjuran ini kita ulangi.” Kasam yang tercetus dari mulut Zaki di tengah laut terlontar dan tersebar ke merata jihat, singgah ke lumpur, garam dan batu-batan di dasar laut yang bercirikan batuan kerak bumi dan melantun ke gegendang telinga Iskandar.
ROZAIS AL-ANAMY
Pasir Mas
Jun 12, 2001
* Berita Minggu, 29 Julai 2001

* Antologi Karya Sasterawan 2005, PENA, 2005

No comments:
Post a Comment