ANDA baru menerima e-mel, baca sekarang? Klik. Terpampang di skrin monitor, e-mel dari seorang sahabat yang tidak pernah lupa mengutusiku jika tepu berita terbaru tentang dirinya, atau setiap kali menempuh masalah baru dalam hidupnya. Pesanku supaya dia sentiasa mengutusi, sama ada untuk berkongsi suka mahupun duka masih diingati sampai kini.
“Ibuku hari ini masih mendesak aku agar menerima pinangan anak Lebai Kudin yang kini merupakan seorang korporat di Kuala Lumpur; itulah yang diyakini oleh penduduk kampung yang mempengaruhi keputusan ibuku. Tetapi bagaimana akan aku terangkan bahawa aku terpaksa menolak paksaan ibuku kerana aku lebih arif dan kenal siapa dia teruna yang sentiasa terserempak olehku ketika melanggani pelacur-pelacur murahan di Jalan Haji Taib.
Memang betul dia seorang korporat besar di Kuala Lumpur. Jika aku hebahkan betapa hebat perniagaannya di kota metropolitan ini, pasti terkena sawan seluruh penduduk kampungku yang sentiasa menyanjunginya; kononnya boleh menjadi model untuk pemuda di kampungku.
Ingin saja aku bertempik kepada seluruh warga kampungku, terutamanya ibu bahawa aku tahu apa kerja sebenarnya. Nasron adalah seorang korporat dadah dan pil-pil ectasy sehinggakan “pejabat”nya merata-rata di seluruh Kuala Lumpur bermula dari bar-bar, kelab-kelab dangdut sehinggalah kepada tempat-tempat kebanggaan setan-setan melihat kehancuran pengikutnya. Banyak lagi yang ingin aku beritahu padamu. Tunggulah.”
Itulah luahan hatinya padaku. Aku pun terfikir akan betapa bodoh (atau jahil?) penduduk kampungnya yang bagiku terlalu materialistik dan sudah ketinggalan zaman menilai seseorang. Woi, dunia! Anak nabi pun ada yang kufur, inikan pula anak lebai. Pelik sangatkah kenyataan itu di dunia yang sudah terbalik ke zaman batu ini?
Sakit hatiku yang telah lama membara dengan sikap begini hari ini telah menyala. Menyala dan memarak. Mahu saja aku bakar mereka dengan api kemarahanku ini. Nasib baik aku masih ada sedikit kewarasan dan masih kupegang kata-kata “Kebijaksanaan seseorang itu ialah dapat bersabar ketika dia sedang marah.”
Nasib yang menimpa sahabatku itu bukanlah baru hari ini kudengar, Malah boleh dikatakan saban hari masalah atau lebih tepat diistilahkan kes ini menjadi dilema anak dara lanjut usia (andalusia) seperti aku ini. Hanya pendirian dan semangat waja yang tertanam di dalam jiwa masing-masing saja yang boleh menjawab cemuhan, ejekan dan paksaan-paksaan emosi sedemikian.
Dan aku kini, setelah perit menelan segala kutukan dan penghinaan dari penduduk kampungku yang kukira tolol; cuba menghadapi ejekan masyarakat sekelilingku yang akan aku anugerahi Johan sekiranya dilantik sebagai hakim Pertandingan Pengumpat Sedunia.
Aku tidak menyalahkan sahabatku itu jika dia terlalu halus dalam membuat keputusan. Perkara mendirikan mahligai hidup bukan boleh dipandang enteng. Silap pilih, merana seumur hidup. Walaupun isteri diberi hak untuk menebus talak (khuluk), tidak banyak yang berjaya melepaskan diri. Kebanyakan para kadi masih lagi menyebelahi pihak suami. Para isteri dinasihati banyak bersabar. Begitulah hakikatnya.
Penderaan terhadap kaum wanita secara fizikal memang telah dikesan dan cuba dibanteras, tetapi siapa yang tahu betapa derita jiwa para isteri yang didera mental. Serik dengan apa yang telah berlaku kepadanya membuatkan sahabatku metah teliti memilih calon.
Kepercayaan kepada lelaki hampir hilang. Sekaligus, dia hilang hormati. Dan dia memang wajar berpendirian begitu. Tambahan pula wanita sekarang metah berani menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berkenaan suami atau bekas suami yang suka mendera. Telah banyak esei-esei dan pendedahan perihal perangai buruk dipaparkan. Pernahkah anda membaca “45 Dalil Lelaki Tidak Layak Digelar Suami?”
Bukan senang untuk mencari pasangan hidup. Kalau sekadar seorang suami, aku pasti sahabatku itu telah lama mendirikan rumahtangga. Lelaki yang boleh bergelar suami memang ramai. Tetapi teman hidup? Tidak ramai yang boleh memahami kerjaya sahabatku itu. Sebelum ini pun, ramai yang bertamu, tetapi berundur kerana tidak serasi dengan kerjanya. Seorang penulis kononnya tidak sempat melayan suami. Apatah lagi sahabatku memang terkenal dengan karya-karya berunsur feminisme. Dan hal itulah yang dikirai oleh si lelaki yang ingin meminang sahabatku.
Aku pasti bukan itu alasan sebenar bagi si lelaki menghentam sahabatku. Fikirku ialah kerana keegoan yang tergugat. Lebih kacau bila segala keputusan di tangan ibunya. Untuk menutup malu kerana pinangan ditolak, ibunya menguar-uarkan, sahabatku bukanlah jenis manusia boleh dibuat isteri. Tidak sayugia bagi para isteri mengajar suami. Sebaliknya tugas isteri mendengar kata suami. Mungkin dia fikir tindakannya itu boleh mengaburi mata masyarakat tentang kejahilan dan kerja haram anaknya.
Hari ini aku menerima e-mel lagi darinya. Ayahnya akan mengunakan hak sebagai wali “mujbir”. Aku lemas memikirkan kemelut yang berlaku. Hak sebagai wali “mujbir” memang boleh diguna, tetapi bukan semua bapa memperolehi haknya. Dalam kes sahabatku, calon yang fasik telah membatalkan hak si bapa. Alasan si bapa makan garam terlebih dahulu tidak boleh dipraktikkan. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
Para wanita bukan lagi penghuni tempurung. Era globalisasi telah membuka minda manusia. Aku terfikir cara terbaik untuk membela sahabatku. Juga menyedarkan bapanya, jangan senang-senang menggunakan alasan agama. Wajah bakal mentua sahabatku menerpa. Senyumnya berbunga menandakan kemenangan mempengaruhi bapa sahabatku.
Sebagai sahabat, aku tidak boleh membiarkan sahabatku itu menjadi mangsa kejahilan. Aku wajib bertindak. Untuk lebih berhikmah, aku mengambil jalan untuk menerangkan kepadanya melalui surat. Lelaki kalau ditegur secara berdepan bagaikan mencurah air ke daun keladi. Ego meninggi menjadi benteng menerima kebenaran.
30 Oktober 2000
Kehadapan Saudara Nasron dengan doa semoga tergolong dalam orang-orang yang terdahulu (minal awwalin) dalam membuat sebarang tindakan dan keputusan yang boleh membawa kebahagiaan. Hijrah ke arah kebaikan amat besar ganjarannya.
Saya sebagaimana ikrar yang diluahkan sama ada secara lisan ataupun yang dapat difahami melalui bait-bait puisi saya di dalam antologi bersama sahabat tersayang Fantha Fansuri telah berjanji untuk bersahabat di dunia dan akhirat, dan secara ringkasnya sahabat itu bukanlah semata-mata kawan yang hanya boleh meneman ke tandas atau teman yang diajak berborak, apatah lagi kekasih yang hanya mungkin mahu memiliki seseorang berdasarkan nafsu; sahabat melebihi segala-galanya.
Dan saya telah banyak terhutang budi terhadap seorang yang bernama sahabat, sehingga saya dapat mengecapi kejayaan demi kejayaan sekarang, serta juga dapat menjadi cermin kepada akhlak serta setiap gerak geri kita. Kerana itulah teman yang paling unggul di dalam hidup seseorang itu akan menjadi kawan, member, kekasih dan sahabat bagi dirinya. Semuanya itu dapat diperolehi jika seseorang itu tahu apa makna sahabat yang sebenarnya.
Saya menulis kepada saudara ini pun bagi memenuhi tanggungjawab saya sebagai sahabat terhadap sahabat saya yang telah banyak berkorban untuk diri saya selama ini. Apalah gunanya sahabat jika tidak dapat membahagiakan sahabat di sisinya. Susah sahabat adalah kesusahan saya dan kebahagiaannya adalah kebahagiaan saya.
Saya melihat sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam hidup saudara. Seorang lelaki yang ingin bergelar suami sepatutnya berupaya mengemudikan bahteranya sendiri mengikut haluan yang ingin dituju. Kita boleh menerima nasihat dan pandangan, tetapi bukan menerima bulat-bulat cadangan dan paksaan walaupun datangnya daripada ibu sendiri. Perkara ini tidak sihat untuk sebuah perkahwinan. Jika segala keputusan dibuat oleh ibu saudara, apa tugas saudara sebagai lelaki. Bukankah seorang lelaki itu ketua?
Sahabat saya itu mempunyai matlamat hidupnya sendiri. Beliau amat menghormati lelaki yang pantas membuat sebarang keputusan apatah lagi yang menyentuh tentang hidup dan cepat bertindak atau dengan kata lain menjadi sahabat yang berguna baginya Sifat-sifat itu perlu bagi seseorang yang ingin menjadi penyokong kepada perjuangan wanita seperti beliau. Itulah harapan beliau dan saya amat berharap untuk melihat impiannya itu menjadi kenyataan sebagaimana yang beliau telah usahakan kepada diri saya selama ini. Apalah ertinya sahabat jika tidak dapat merealisasikan impian sahabat yang disayanginya.
Dan beliau saya ketahui tidak mahu berada di belakang lelaki yang berjaya tetapi di sisi lelaki yang berjaya dan sebaliknya pula. Itulah yang disuarakan kepada saya ketika saya ingin menjadi sahabatnya. Beliau tidak mahu menjadi sahabat saya sekiranya saya hanya ingin melihatnya berjaya tetapi beliau mahu melihat saya berjaya bersamanya. Katanya sesiapa sahaja boleh berdiri di belakang seseorang yang berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup bangun dan jatuh bersama atau berdiri di sisi seorang yang berjaya. Beliau tidak mahu saya hanya melihat kejayaannya tetapi beliau gembira sekiranya saya sama-sama berjaya bersamanya. Itu harapannya terhadap sahabat, jika terhadap suaminya, saudara sendiri lebih maklum, maka bertambahlah lagi tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.
Jika kita tidak berupaya melakukan kebaikan, jangan pula kita menjadi batu penghalang kepada orang lain yang ingin membuat kebaikan. Ibu saudara cukup banyak menghentam sahabat saya. Saya tidak menyalahkan dia di atas kejahilannya memahami kerjaya sahabat saya. Namun kepada saudara, harap saudara mengerti. Sahabat saya belum bersedia menerima saudara. Jika saudara masih ada secebis rasa hormat terhadap wanita, cubalah terima kenyataan ini.
Tiada istilah terlewat dalam mencari kebenaran.
Salam,
MARYAM ISABELLA
Seminggu kemudian, sahabatku menghubungiku. Mukanya bergula. Ibu dan bapanya telah berhijrah sikap. Keluarga Nasron juga tidak lagi datang mendesak. Khabar didengar, anaknya telah ditangkap khalwat.
“Maka barangsiapa Ia kehendaki (oleh Allah), maka Ia menunjuki akannya (manusia). Ia lapangkan dadanya bagi Islam itu dan barangsiapa Ia kehendaki bagi menyesatkannya, Ia jadikan dadanya sempit bersangatan sempit, seolah-olah ia mendaki ke langit-langit itu. Yang demikian itu Ia jadikan atas orang-orang yang tidak beriman mereka.”

- A-An’aam: Ayat 125
ROZAIS AL-ANAMY
Pasir Mas
Mac 25, 2001
Jelita, Jun 2001

No comments:
Post a Comment